"Pernah Ditipu Hampir RM2 Juta, Noir Platinum Partner Ini Kembali Cemerlang Bersama Noir"

Pernah ditipu hampir RM2 juta sebelum menyertai Noir telah membekaskan satu pengalaman yang pahit buat Nor Fazira Ishak, 35. Sejak itu dia menjadi lebih berhati-hati. Tetapi lain jadinya apabila dia bertemu dengan Madammu dan Noir.

Dia yang lebih gemar dipanggil CikYa tertarik dengan cara Madammu berkongsi dengan bersungguh-sungguh tentang kecantikan secara alami di media sosial. Itu menyebabkan dia yakin dengan produk yang dikeluarkan oleh Madammu.

Pada waktu itu mukanya sangat teruk berjerawat, dengan lekuk-lekuk lubang pada kulit muka dan kusam yang sangat teruk. Dia memberanikan diri mencuba produk Noir ini atas dasar yakin pada kesungguhan Madammu sahaja.

Sejak itu, kehidupan CikYa yang biasa telah berubah menjadi lebih meriah. Sikap proaktif dan keyakinan pada Madammu dan Noir itu membuatkan dia melangkah pantas dari ejen menjadi stokis dan akhirnya kini sebagai Noir Platinum Partner Selangor (NPP) sejak September 2019.

“Saya mahu join Noir sebab yakin dengan kesungguhan Madam… Noir banyak mengubah hidup CikYa sejak bulan pertama join Noir lagi sebenarnya. Sebab bulan pertama CikYa dah ada income 4 angka sehingga kini capai 6 angka bersih,” kongsi CikYa.

Sehubungan itu, CikYa berjaya membeli 5 buah kereta, sebuah rumah bernilai hampir 1 juta, dapat membantu keluarga, dapat membayar zakat setiap bulan dan membantu orang susah. Ini semua satu pengalaman yang manis buatnya.

Apabila disentuh tentang cabaran berbisnes, CIkYa mengakui dirinya seorang buta IT walaupun dia berkelulusan ijazah. Hanya tahu Facebook sahaja, itu bukan penghalang, malah mencetuskan semangat CikYa untuk menjadi lebih aktif dengan memuatnaik perkongsian tentang aktiviti bisnes dan kehidupannya di situ.

Tanpa menoleh ke belakang, sering bersemangat dan terus konsisten, CikYa mahu membantu dan menggalakkan para stokisnya seramai 15 orang ini mencapai jualan RM100,000-RM200,000 agar mereka berjaya sepertinya.

CikYa turut berkongsi kegembiraannya kerana dapat tampil di billboard Noir sebanyak dua kali mahu lebih ramai wanita menjadi pengguna Noir dan sekaligus sebagai usahawan Noir.

“Pada wanita-wanita di luar sana yang ingin cari pendapatan lebih, ingin bantu suami, ingin bantu family, boleh join team CikYa hari ini. Kita berjaya bersama Noir. Kepada wanita di luar sana, jom cantik dan kaya bersama CikYa,” serunya sebelum mengakhiri sesi temubual.

Anda boleh mengikuti kisah penuh CikYa ini di platform YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=2Iy0eyduMy8 

-Nor Fazira Ishak