"Suami Sanggup Jadi Runner Demi Bisnes Noir Si Isteri"

Dalam kesibukan menjaga 5 orang anak, Herlina bte Rahim dari Bandar Baru Medan, Ipoh ini telah berjaya menjana jualan sehingga 5 angka secara konsisten setiap bulan. Sokongan dan bantuan suami adalah antara rahsia bisnesnya bersama Noir berjalan lancar.

“Syukur alhamdulillah suami Herlina sangat banyak membantu, dari menjaga anak ketika Herlina buat penghantaran COD kepada pelanggan. Suami siap sanggup jadi runner. Siapa sangka, kan?”

Ini berikutan mereka sekeluarga telah dapat keluar dari kesusahan hidup setelah meniagakan produk Noir di media sosial dan offline. Sayu hati apabila mengingati kembali mereka pernah terpaksa mengorek tabung demi susu anak.

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak, usaha dan kerajinan mereka terbalas dengan hasil lumayan. Ia menyebabkan kehidupan menjadi lebih baik dan gembira. Kereta Viva bertukar Alza dan dia selalu dapat ganjaran daripada ketua pasukannya.

Asalnya Herlina hanya pengguna Pure White. Oleh kerana produk itu sesuai dengan kulitnya, dia mendaftarkan sebagai ejen pada Mac 2020 kerana mahu harga murah. Pelannya tidak menjadi sebab bulan pertama dia berjaya mendapat jualan bernilai RM3000 secara offline.

Sejak itu tiada apa dapat menghalangnya. Dari bulan ke bulan jualannya semakin meningkat terutama apabila melakukan bisnes secara online. Dia pernah mencatatkan jualan RM20,000 pada November 2020 tatkala pandemik Covid-19 melanda dengan teknik masuk ke live Madammu.

Kisah Herlina ini membuktikan suri rumah yang mendapat sokongan dan bantuan suami boleh mengorak langkah yang lebih jauh dari biasa. Pasangan ini menunjukkan satu semangat berpasukan yang tinggi demi masa depan keluarga yang lebih baik.

-Herlina Rahim