"Siapa Sangka Stokis Noir Ini Dulu Hidup Tertekan Dibebani Hutang"

“Hidup tertekan dibebani hutang sampai nak membeli lampin pakai buang dan susu anak pun terpaksa meminjam duit daripada adik-beradik adalah kisah Eza Nuraiena Sota yang menetap di Selangor sebelum bertemu Noir.

Oleh kerana dapat membaca cara pemasaran bisnes Noir selepas beberapa kali menonton live Madammu, Eza yakin Noir akan beri peluang kepadanya untuk menambah pendapatan keluarga dengan meletakkan sasaran RM1,000 sebulan.

“Waktu mula mula join Noir, Eza target untuk dapat RM1,000 untung untuk tanggung kehidupan keluarga kecil kami tapi alhamdulillah selepas 3 tahun join Noir Eza dapat lebih 20 kali ganda untung,” katanya yang telah menjadi stokis Noir NPP Selangor.

Bukan mudah mahu senang tetapi ia tidak mustahil kerana telah dibuktikan oleh Eza. Dia mengalami masalah kulit muka yang sangat teruk telah membeli produk pertama Noir-nya iaitu sunblock. Kemudian dia selangkah demi selangkah dari dropship sehingga menjadi stokis.

Sudah berjaya membantu keluarga, sekarang dia mahu membantu para wanita bangkit berniaga sepertinya juga. Ini kerana hasil tidak mengenal erti putus asa, dia telah mempunyai sebuah Honda HRV, melabur dalam Sunlife Protection dan Amanah Saham Bumiputera dan dapat mengirim wang kepada ibubapa.
“Cuba dulu. Jangan takut nak cuba sesuatu yang baru. Benda baru memang nampak susah pada permulaannya. Tapi kalau kita sentiasa praktis, insyaAllah benda yang susah akan jadi senang.

Never ever underestimate yourself sebab kita takkan tahu di mana kekuatan kita selagi kita tak mencuba,” nasihat Eza buat anda yang mahu berniaga.”

– Eza