TERMA & SYARAT PENYERTAAN

Program 10Ribu Wanita Berniaga

OBJEKTIF

NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. (selepas ini akan dirujuk sebagai “NOIR”) mengambil langkah untuk membantu para wanita yang terjejas akibat pandemik Covid-19, dengan memperkenalkan tawaran tajaan bimbingan perniagaan berjumlah RM 10,000,000.00 (Ringgit Malaysia 10 Juta Sahaja) bagi membantu serta membimbing 10,000 wanita yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

SYARAT AM

1. Penyertaan terbuka kepada semua wanita yang berusia 18 tahun ke atas.
2. Terbuka kepada sesiapa yang berpengalaman ataupun yang baru mencuba untuk memulakan perniagaan.
3. Program ini hanya terbuka kepada wanita yang belum berdaftar sebagai EJEN NOIR.
4. DROPSHIP NOIR boleh menaiktaraf sebagai EJEN menerusi program ini.

CARA MENYERTAI

1. Para wanita yang ingin menyertai program ini perlu melengkapkan pendaftaran secara atas talian di www.10ribuwanitaberniaga.com bermula pada 20hb Mac 2021 jam 9.45 malam dan wajib hadir konvensyen yang diadakan secara maya (virtual event) dianjurkan oleh NOIR pada 20hb. Mac 2021 pada jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

KAEDAH & KELAYAKAN PEMBERIAN BANTUAN MODAL UNTUK WANITA

1. Para peserta yang berjaya melengkapkan penyertaan sepanjang tempoh kempen ini akan dipertimbangkan oleh pihak NOIR untuk menerima tajaan bimbingan perniagaan dalam bentuk sistem pengurusan, sokongan, training dan coaching daripada NOIR yang bernilai RM 1,000.00 bagi setiap seorang EJEN NOIR, sekiranya memenuhi Terma & Syarat yang dinyatakan.
2. Para peserta perlu membuat bayaran sebanyak RM378.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus dan Tujuh Puluh Lapan sahaja) untuk pek permulaan (starter pack) yang mengandungi produk Noir sebagai pra-syarat untuk melayakkan peserta menerima tajaan bimbingan perniagaan yang dinyatakan di atas.
3. Kelayakan untuk menerima bantuan modal perniagaan ini hanya terhad kepada 10,000 orang wanita yang terawal sahaja.

LATIHAN & BIMBINGAN PERNIAGAAN

1. Mana-mana peserta yang menyertai program ini akan diletakkan di bawah seliaan NOIR Partner & Distributor mengikut negeri & kawasan bagi tujuan pemantauan dan bimbingan.

HAD PENYERTAAN

1. Mana-mana Ejen NOIR Berdaftar TIDAK LAYAK untuk menyertai program ini.
2. Sekiranya mana-mana Ejen NOIR didapati menyertai program ini, Syarikat berhak untuk melucutkan status Ejen dengan serta-merta.

PERTANYAAN

Segala pertanyaan berkenaan dengan program ini boleh diajukan kepada affiq@noir.my atau WhatsApp di nombor (010-843 6160).